27 November 2010

::aKu RasA::

"aku rasa....aku nak stop berblogging buat sementara waktu ni jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu kenapa cuma aku rasa aku nak stop dulu......sehingga kita berjumpa lagi^^"

02 November 2010

::LiVe FroM sG bULoh::

"tepat jam 2pm aku tersedar dari tidur.wah,nasib baik tak terlajak tidur.alamat terlepas bas la aku kalau asyik layan mata je.huhu.segera aku membersihkan diri.pack2 mana yang patut.tengah siap2, ringtone 'dengarkanlah dari sheila majid' menusuk pendengaran aku.oh,sweetheart aku rupanya.mesej2 kejap..beliau janji ingin menghantar aku ke stesen bas^^ hepi2!! sampai je di stesen bas aku tengok jam di dashboard kereta comel beliau.em..baru 3.05pm.ada 25minit lagi.bas pun aku tengok dah tersedia dah.kami chat sekejap(hal yang serius bagi kami^^).borak dan borak dan borak~rindulah aku pada wajahnya...haish~"

"tepat 3.30pm aku dah ada dalam bas.seat single paling belakang.sebelah aku seat double tak ada orang duduk lagi.aku try adjust tempat sandar seat akutak berjaya...sebab tak ada peng'adjust'nya.huhu.nampaknya terpaksalah aku duduk tegak sepanjang jalan dan aktiviti kesukaan aku kalau ada dalam bas tak dapat lah di teruskanaku kerling tempat duduk sebelah...mintak2 tak ada oranglah duduk di situ"

"sambil2 aku try gak menyelesakan diri bas pun bergerak meninggalkan stesen bas.aku kerling lagi sebelah....ehm macam ada can ni...sampai je kat bulatan bandar baharu tu tiba2 pak cik bas berhenti di bus stop tak jauh dari bulatan tu.dalam fikiran aku mesti pak cik ni nak ambil orang lagi kot.tapi fikir2 balik mana boleh kan.adalah dalam 10 minit berhenti.bila bas start gerak je aku terus angkat punggung duduk kat seat double yang aku dok kerling dari tadi...hehe.ha...luas sikit dari yang tadi tapi MASIH tak boleh nak adjust tempat sandarnya.apalah nasib badan...aku redha jela nampaknya...(!_!)"

"posisi duduk tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan aktiviti kesukaan aku ketika dalam bas iaitu LAYAN MATA.adalah dekat 2jam aku layan mata.sedar2 aku dah ada kat simpang pulai.terkejut gak aku sebab pak cik bas ni tak berhenti seperti selalu.untuk membuat kan masa aku tak terbuang begitu sahaja aku pun menelaah REMAJA"
.
.
.
"aku kerling jam di tangan ketika bas masuk ke hentian duta.segera aku angkat beg dan berjalan laju ke arah kereta ayah sebaik sahaja tayar bas brek di platform.sempat pulak aku memandang beberapa orang yang tengah sedap menjamu selera di gerai2 yang ada di situ.dalam hati terdetik,'ish,ibu dah masak ni^^.tak sabar rasanya'. sejuk hati menatap wajah ayah tatkala aku mencecah punggung ke dalam kereta.sampai je rumah aku bersalam peluk cium ibu.wah..heaven rasanya dah sampai rumah^^.alhamdulillah~"

"p/s::harap2lah aku study lebih sikit dari biasa di rumah ni...chaiyouk!!!"

::sAYa TaK saBar::

"jam di laptop aku ini dh menunjukkan jam 0042.a few hours more.......sikit je lagi.macam2 dalam fikiran ni.1st benda yang kena settle dah pasti viva aku.sat je lagi jam 1130pg dengan PM Dr JMS.hope our viva will be ok...insyaALLAH(",).habis je viva nanti aku nak terus angkat punggung belah dari bumi trans ni"

"tak rancang pun sebenarnya.tengah2 menaip entry sebelum ni terfikir nk blk.tepon ibu...terus luluh hati dengar suara ibu.terus terfikir nak balik.tengok wajah ibu n ayah sebelum exam.hati bisa tenang setiap kali melihat wajah mereka.lagipun raya haji dah tentu x balik...huhu.doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ke sini semula ya"

"p/s::tak tahu lagi update ke x blog ni masa kat rumah.........berfikir~~~~~~~~~~"

31 October 2010

::HaRi iNi::



"hari ini hari ahad.minggu depan study week.lepas tu dah stat exam.ikut jadual exam aku, aku start exam 12nov sehingga 26nov. tengah2 exam tu pulak ada Hari Raya Haji.kemungkinan untuk tidak beraya di kampung halaman adalah tinggi. raya 17nov.kalau ikotkan ade gap seminggu time raya tu.bole je nak balik tapi memandangkan aku ni bukan kaki stadi kat rumah jadi seeloknya lebih baik aku stay kat trans je...huhu.untuk mengubati hati sedih orang tuaku aku ambil keputusan nak balik selasa ini bersamaan 2 nov.dan kemungkinan utk tak balik raya adalah 99%."


"erm..aku tak start study lagi ni.busy dengan projek and assignment yg terakhir.assignment esok.viva projek lak lusanya. itu yang tak semangat nak study lagi ni.mengenangkan kerja x langsai lagi..... .1st move aku ingat nk kemas buku2 la. dah kemas buku baru semangat nak stadi kot...haha"

"p/s::azam utk exam sem ni----->pointer bertambah..insyaALLAH(",)"

24 October 2010

::我 爱 你 (wo ai ni)::

"sedang aku buat kerja LAC100(Bahasa Mandarin I) aku terfikir nak kongsi ilmu serba sedikit dengan korang.sambil2 tu boleh la aku ulang kaji.hehe.."
"bahasa mandarin ni menarik rupanya.tulisan nya sangat unik.setiap patah perkataan mempunyai karakternya yang tersendiri.dulu aku tahu pasal perkataan kat atas tu je.sekarang ni bolehla dalam 100 patah perkataan dalam genggaman^^"
"jom belajar!!!"
我 = wo = me
伱 = ni = you
好 = hao = good/well
也 = ye = also
佷 = hen = very
忙 = mang = busy
吗 = ma = 'kah'
呢 = ne = 'pula'
不 = bu = not
都 = dou = all
他 = ta = he
她 = ta = she
们 = men = used more than 1 person
e.g: tamen = they/them
women = we/us
nimen = you all
哥哥 = gege = elder brother
第第 = didi = younger brother
和 = he = and
"menarik tak?next time kita belajar word lain pulak ye^^.and sorry tak boleh nak display Hanyu Pinyin.Hanyu Pinyin ni adalah nada dalam tulisan mandarin...huhu"
"p/s: 你 好 吗?我 很 好 和 不 很 忙 (",)......cuba translate ni"

22 October 2010

::MaaF aYaH(!_!)::

"ayah: assalamualaikum anak ayah....lama x dengar berita.sejak balik tempoh hari senyap je"
"tersedar aku seketika.rupanya dah seminggu aku sepi tanpa berita dari familiku.ayah tanya schedule aku after final exam....balik ke tak.....dll.berat hatiku menyatakan aku mungkin tak balik after exam.kekangan kerja mengembalikan aku ke realiti hidup sebagai seorang pelajar"
"minta maaf ayah....ika terpaksa fokus lebih untuk hari2 terakhir di usm ini.untuk menyedapkan hati seorang ayah aku janji akan balik sekejap.itupon ayah tanya,sekejap tu berapa hari?huhu....3,4 hari kot,jawab aku.macam biasa di akhir perbualan ayah tak lupa selitkan kata2 semangat beserta peringatan sebagai seorang muslimah.terima kasih ayahku sayang(^_^)"
"p/s: wahai anakanda..selalulah update perkhabaranmu kepada familimu...uhuk(!_!)"

21 October 2010

::hingga hujung pernafasanku::

"inilah impian hidupku
dan inilah mahunya hatiku
tercipta satu rasa ini
untukku memilikimu
ku tahu diriku
sukar untuk menyatakan semuanya
ku tahu hatiku
selalunya ada untuk dirimu
hatiku ini hanya untukmu
cintaku ini milikmu untuk selamanya
lamaranku tulus bersamamu
kan ku temanimu hingga hujung pernafasan di langitku
jiwaku tak pernah kan tenang
bila kau jauh di sampingku
ku tahu hatiku
selalunya ada untuk dirimu
inilah impian hidupku
hatiku ini hanya untukmu
cintaku ini milikmu untuk selamanya
hingga hujung nafasku"

::sTaTus hARi iNi::

"status hari ini:BOSAN GILERR!!!!!!"
"aku bosan
aku boring
aku tak tahu nak buat apa
padahal ada kerja yang menanti aku
test...fyp...projek kelab...final exam...dan seangkatan dengannya
nak tidur aku dah tidur sekejap tadi
nak main facebook asyik benda yang sama je aku tengok
nak main cafe kat tagged kena tunggu makanan masak berjam2
aku bosan
aku boring
aku tak tahu nak buat apa
dan akhirnya.....aku tiba di sini
tulis blog yang kian lama menyepi
sedang tangan aku menari atas keyboard
baru aku sedar
aku bosan
aku boring
aku tak tahu nak buat apa
SEBAB........
aku dah tak dapat melayan lagu rupanya
aku dah kurang melalak hiburkan hati
aku dah tak tengok movie rupanya
SEBAB.........
LAPPY AKU YANG SUDAH CACAT!!!!
aka LAPPY KURANG UPAYA(L.K.U)
lappyku yang tiada pendengaran dan bisu.....
waaarrrrrrgggghhhhhhh!!!!!!
aku masih
bosan
boring
tak tahu nak buat apa"
"p/s::moral of the story.........LAPPYKU suruh fokus study nampaknya...NO MORE FUN!!"

20 October 2010

::sabar ye hati::

"menelusuri hari2 semalam begitu mencabar bagi diri aku sebagai seorang pelajar.tanpa azam dan kekuatan yang teguh aku pasti aku terumbang-ambing dalam lautan yang luas.dan aku pasti hari2 mendatang pun aku harus SABAR sentiasa. aku sentiasa berdoa semoga segalanya dipermudahkanNYA. aku tidak mahu tergelincir dari jalanNYA. cukuplah hanya DIA sebagai kekuatanku.dan aku percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri"
"p/s:sabar ye hati~"

03 September 2010

::REschedule baCK::

"for the past few weeks i've been struggling fill in my blog with the flashback things.starting form now,i'll try harder to get back on the track again.i'll try my best to update this blog continously.
just wait and see k^^"

31 August 2010

::SALAM MERDEKA::


"salam sejahtera Malaysia.....salam Merdeka.....salam 1 Malaysia"

"arini genap 53tahun usia Malaysia.aku bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana masih berpeluang menghirup udara yang segar di bumi Malaysia yang aman damai ini,masih berpeluang hidup harmoni dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,masih ada keluarga yang begitu penyayang,masih ada kawan2,masih berpeluang melanjutkan pelanjaran di menara gading,masih berpeluang menjamah rezeki yang dikurniaNYA dalam hari ke sehari,masih boleh bergerak bebas dengan menggunakan kekuatan fizikal dan mental yang aku ada,masih berpeluang melayari internet tanpa batasnya dan sudah PASTInya aku bersyukur aku masih lagi berpeluang berceloteh kat sini...di blog ini...mengadap laptop sambil dengar lagu2 yang aku kira sesuai denagn jiwa aku"
"aku kira ramai lagi di luar sana yang berada di negara2 lain yang mempunyai kemelut dalaman politik negara masing2,yang rakyatnya menanggung masalah kemiskinan kematian kesihatan dan kewangan,ada juga yang tidak dapat belajar secukupnya dengan kemudahan yang seada-adanya,ada juga yang tiada keluarga,ada yang tak tentu makan dan minumnya,yang mengalami kecacatan fizikal dan mental tanpa dipinta,apatah lagi mempunyai kemudahan melayari internet seperti kita di Malaysia"
"mungkin kalau kita renung kembali situasi di Malaysia.ya betul juga ada yang hidup melarat dalam kemiskinan tapi masih mempunyai keluarga yang menyokong dan pekerjaan yang halal.betul juga ada yang x dapat melanjutkan pelajaran atas sebab2 tertentu tapi masih juga mempunyai kemahiran tersendiri dengan menggunakan fizikal yang sempurna dan mental yang sihat.betul juga ada sahaja yang tiada keluarga sebatang kara di dunia ini tapi masih ada kekuatan azam yang teguh utk meneruskan hidup bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain"
"semua ini tak akan kita alami jikalau kita tidak mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki sekarang dengan semangat nasionalisme yang tinggi.kalau tidak mampu mengangkat senjata....cukuplah dengan hidup dalam keadaan aman bersama berbilang kaum yang ada,cukuplah dengan menggunakan ilmu yang kita ada untuk manfaat masyarakat sejagat,cukuplah dengan membuang perasaan hasad dengki dengan orang lain dan yang paling minima kita boleh lakukan ialah memupuk kasih sayang dan nilai2 murni dalam sistem kekeluargaan kerana aku percaya dari situ bermulanya segalanya"

"salam sejahtera Malaysia.....salam Merdeka.....salam 1 Malaysia"

::[flashback10]MajLis maKan MaLam RejiMeNTal aka MMR::

"seminggu lepas PBJ10 ada Majlis Makan Malam Rejimental aka MMR kat Hotel Berjaya,Pulau Pinang.nasib baik kulitku tidak gelap sangat..hehehe.majlis ni diadakan bagi meraikan leftenan2 muda baru yang ditauliahkan.1st time aku makan kat hotel dalam majlis yang penuh dengan adab dan tatasusila ini.makanan nya bagi aku not bad tapi of course la mahal gile.aku rasa bersesuaian la dengan upacaranya yang penuh tatasusila...tapi aku belasah je makan.yang paling kelakar kami kena makan apabila muzik dimainkan dan kena berhenti makan apabila selesai muzik dimainkan.nasiblah siapa yang x abis makan lagi.huhu..nak dijadikan ceritakan aku abis gak makan semua yang dihidangkan tapi bila sampai main course aku rasa kecewa sket.main course ni kami bole pilih nak makan ikan,daging atau ayam.aku dengan confidentnya telah memilih daging sebagai habuan utama aku.bila sampai bab nak makan main course,daging nya liat gila nk potong.time main course ni muzik akan dimainkan sebanyak 3 lagu.dah masuk 2 lagu pon aku masih terkial2 nak meneruskan suapan aku yang ke4.daging pon x smpi separuh aku sentuh...sedap memang sedap tapi....huhu.pengajaran kat sini pilih la ayam sb senang di potong cepat dimakan dan selesai dalam masa yang ditetapkan....haha.nasib baik stap ahmad aka sjn ahmad bermurah hati bagi aku makan sikit ayam.siap potongkan lagi tuh...mekaceh stap^^.
papepon aku enjoy!!!!"

~sekitar sebelum dan selepas majlis~













::[flashback9]PBJ10::

"baru2 masuk sem baru je ada tugas menanti aku.Pesta Bola Jaring kali ke 20 berlangsung 31julai n 1ogos aritu.dalam masa 2 minggu kami berlatih seada-adanya.bila fikir2 balik dah lama aku pegang tampuk pemerintahan.so,aku decide nak lepaskan jawatan tersebut kepada adik2 junior yg ada.korang berusaha la dengan lebih baik k..GAMBATE!!!kami decide hantar 3 team kali ini memandangkan sambutan yang menggalakkan dari adik2 1st yr and 2nd yr..terima kasih saya ucapkan=) aku harap hari2 mendatang akan lebih banyak penyertaan dalam bola jaring ini.hasilnya trident engineering dapat masuk semi final,trident girl sampai suku akhir dan trident jr pon x kurang hebatnya.mereka makin bertambah confident ketika bermain.dari satu game ke satu game aku tgk anak2 buah aku....aku sesungguhnya bangga dengan semangat kalian.lain kali kita bole bermain sama2 lagi k^^"

~saat2 menahan perit mentari,berlumur dengan coklat lumpur tapi kami tetap tersenyum(",)~














::[flashback8]faMiLy DaY::

"penghujung LI tempoh hari aku join family day opis ayah aku.ni 1st time mereka adakan.bertempat di kota a famosa resort,alor gajah,melaka kami bertolak seawal 7.30pg dengan menaiki bas.kat sana masa banyak dihabiskan di taman safari(kalo aku x silap namanya).menigimbau kembali zaman kanak2 aku di sini...tengok gelagat binatang dalam kandang masing2,lihat pertunjukan haiwan2 yang terlatih,benda baru yang aku alami harimau berjalan betol2 sebelah aku tapi time tu aku dalam van sangkar(tak tahu apa nama kenderaan tu) la...hehe.masa pertunjukan binatang aku kagum dengan kebesaran ALLAH SWT.kebolehan haiwan2 seperti burung kakak tua yang boleh speaking various languages,boleh melukis,boleh maen basikal dan 1st time aku tgk burung helang depan mata aku sendiri.kalo korang nak tahu kat sini gajah pon boleh menari,boleh maen bola sesama mereka,boleh score bola masuk dlm jaring(macam basketball tuh!) dan boleh mengurut orang(bagi aku mematah riukkan badan je...heh).anyway aku seronok terasa macam kecik2 dulu^^"

~singa jantan ni terkurung je.kat sblh pagar sana lak jantan betina macam kena buasir sebab x reti dok diam2...tenung je kat si jantan tuh~

~harimau kat sini sangat banyak..xtahu macam mana nakbezakan jantan atau betina~

~bear ni pulak kecik je tapi aku tengok gigi die ngeri gak...ngee~~

~tengoklah kehandalan gajah2 ini..aku rasa instructor mereka dari Thailand sebab asik sawadikap jek...kesian tau dengan gajah ni sebab instructor mereka suka pukul2 kalau x buat betol...huhu~

~kenangan sebelum balik^^~

25 August 2010

::Let It Be::

"today is the day like the other day"
"the day that i don't want to be in"
"but this day still bugging in"
"like there's no other day"
"i wonder why today is the day"
"maybe today the sun doesn't shine brightly as it was before"
"maybe today the rain doesn't seems fall where it should be"
"maybe today the sky is not full with beautiful stars"
"or maybe today is the day it should be"
"in a moment...i think deeply"
"let it be whatever day it wants to be"
"let the sun brights as it wants to be"
"let the rain falls where it wants to be"
"let the sky empty without the stars"
"let it be"
"let it be"
"let it be"

18 August 2010

::[flashback 7]PANTAS..SENYAP..MEMBUNUH::

"1st time korang baca tajuk entry ni kan apa yang terlintas di benak korang??mungkin dalam kalangan korang dah tahu mengenai apa kn[skuad aku la tuh].tanggal 12jun 2010 bersamaan 29 Jamadilakhir 1431H aritu aku bersama 1138 kadet PALAPES dari seluruh IPTA Malaysia telah di tauliahkan sebagai Leftenan Muda a.k.a Lt M a.k.a Pegawai Muda a.k.a Young Officer.Istiadat Pentauliahan diRaja kali ke-29 ini telah di sempurnakan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perlis dan D.Y.T.M Raja Puan Muda Perlis.skuad aku yang lebih dikenali dengan nama COBRA SATRIA dianggotai seramai 53orang telah diketuai jurulatih kesayangan kami iaitu SJN MOHAMAD AZHARUDDIN B MOHD SAAD"

"setelah 3 tahun bergelumang sebagai kadet,inilah pencapaian yang boleh dibanggakan.nak cerita apa yang telah aku lalui selama 3 tahun ni mmg tak kan abis dalam 1 hari.apa yang aku boleh wrap up kat sini...i'm enjoying myself being a cadet.saat sedih..saat kene belasah dengan pegawai..hukuman yang dijatuhkan oleh jurulatih...kenangan 'fitik(menolong org atasan sbg junior)'..kenangan manis dan pahit bersama skuad...moment dlm kelas...banyak lagi la.tp yang paling penting semua yang pahit tu berubah menjadi manis saat aku ditauliahkan.itu yang aku rasa la.aku x pernah sesal memilih jalan ini.lagi2 aku dapat sokongan yang padu daripada ibu ayah.mereka paling seronok dan tumpang gembira"

"dalam perkiraan aku kalau jodoh aku panjang dalam bidang ketenteraan ini aku ingin meneruskan tanggungjawab sebagai pegawai sukarela.insyaALLAH...semuanya masih dalam peringkat perancangan.currently pon aku aktif dengan PALAPES USM.aku tolong setakat mana yang aku boleh.tapi kita masih kena berpegang kepada kata-kata....KITA MERANCANG TUHAN SAJA YANG AKAN MENETUKAN"

~credit to Lt M Ruzaini for this poem....~

::[flashback 6]SeLAmaT hArI LaHiR::

"1jun tempoh hari genap ibu kesayanganku berusia 48tahun.alhamdulillah ibuku masih sihat dan bertenaga.ibu masih cantik seperti dulu^^.aku masih ingat lagi mase aku kecik2 dulu.ibu seorang yg tegas dgn anak2nya.yela...ibu mana yg x tegas kan kalau anak2nya perlu di didik dgn didikan yang sebaiknya.peranan seorang ibu sangat besar maknanya dlm institusi kekeluargaan.tanpa mereka mungkin anak2 akan terabai"
"aku ingat lagi dulu mase ak sek rendah,aku ada satu tabiat ni...suka gaduh dgn arwah angah.hehe.arwah pon satu kepala gak dgn aku.pernah satu hari kami gaduh pasal apa ntah..sehinggakan arwah mengeluarkan kata2 yang kurang enak di telinga ibu.di sebabkan itu teruk mulut arwah kena lumur cili api dgn ibu.pada mulanya mmg aku gembira..yela dok gaduh dgn dia pastu aku menang lak kan[jahat gila aku].tp sekejap je rasa gembira...lepas tu aku menangis sb kesian tgk arwah kena dgn ibu.huhu.mungkin sejak itu telinga aku dh tak boleh dgr kalau ada org 'mencarut'.even bukan ditujukan kpd aku tp cepat je hati aku rasa panas semacam.rasa macam nk _____ je orang tuh....serius neh(<_>)"
"yang bestnya sekarang bila dh meningkat dewasa aku makin rapat dgn ibu.smpikan ada org kata mcm adik beradik[ibu nampak muda la tuh dan aku nampak tua...huhu='(].byk benda baru yang aku belajar dr ibu.tanpa ibu dh tentu aku terumbang ambing.di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR IBU......I LOVE U SO MUCH"


~ini kat pizza hut...along n kak long belanja.besh2^^~

17 August 2010

::bAwALah cInTakU::


"sumpah tak ada lagi kesempatanku untuk bisa bersamamu
kini ku tahu bagaimana caraku untuk dapat terus denganmu
bawalah pergi cintaku
ajak ke mana kau mahu
jadikan temanmu
teman yang paling kau cinta
di siniku pun begitu
terus cintaimu di hidupku
di dalam hatiku
sampai waktu yang pertemukan kita nanti"

16 August 2010

::piLiH rUMpUt pALinG cAnTiK::



"to all my beloved people that always with me thru day and night...sweet and sour...joyful and hurtful.without you..there will be no life for me"





"credit to my bro for giving me this video=)"

::[flashback 4]LI::

"lepas abis je final exam sem 2 aritu ak trus buat LI@Latihan Industri.mule2 tu berkecamuk gak la fikiran ak x tahu nk buat LI kat mane.kalo bole ak nk dok rumah la kn.dh lame gile x bermastautin d rumah.sejak form 1 keje ak merantau je.xpenah lekat kat umah utk tempoh mase yg lebih dr sebulan...huhu"
"cari punya cari ak dpt buat LI kat Glenmarie,Shah Alam atas pertolongan kawan ayah.company handphone CSL MOBILE CARE SDN BHD.bg ak satu pengalaman yg sgt baru la.kat sini ak mengenali struktur2 apa ada dalam handphone.hampir semua model handphone CSL ak dh repair.pencapaian ak dari awal2 masuk dlu hinggalah hari terakhir ak kat cni, ak dh repair 213 handphones.bole thn tp tak se'teror' technicians yg ade kat situ la.persekitaran nye ok...staf semua friendly dgn ak.x kedekut ilmu.itu yg plg penting=)pendek kata i'm enjoying myself being one of them^^"

15 August 2010

::foCus bAcK::

"STOP DULU UNTUK FLASHBACK.......focus study lak"

"c u later....."

::[flashback 3]hOLiDay TriP::


"atas persetujuan bersama buat pertama kalinye TRIDENT GIRL @ NETBALLERZ ENG USM decide p bercuti kat Teluk Batik pd 3 n 4hb april tempoh hari.setelah merancang kire2 2 minggu kami p me'relax'kan minda.byk gak xtvt yg berlaku....crite byk pon x gune.jom tgk gmba2 kat bwh..hehe"

~starting our journey~

~smpi2 je lapo..mamam dlu.pastu beli belah la pulak....~

~xtvt 1: men 'zero point'.tgkla bakat masing2 neh..hehe~

~xtvt 2: men baling selipar..jage2~

~xtvt 3:1st time ak naek banana boat.pedih seyh mate kene air laut..huhu.tp syiokkk!!~

~xtvt 4: mengenakan bezday girls....ak la tuh='(~

~xtvt 5: mlm lak......bbq,tuka2 hadiah n mamam kek bezday..mlm tu kne prank lg..adesss!!~

~xtvt terakhir sblm blk: jln2 sekitar teluk batik dan lumut~