27 February 2011

::Aku Cuma An-nisa'::

"Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahada
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku.
Aamiin.."

"kredit to sis izzatul akmal..muhasabah diri...astaghfirullahalazim"

15 February 2011

::Dia & Kamu::

"dia dan kamu
disebabkan sesuatu bertemu
berkongsi minat yang sama awalnya
makin lama makin serasi
entah bila mulanya
hanya kamu di mata dia
di dalam hatinya hanya tentang kamu
kamu bagaimana?
hati kamu adakah sama dengan hati dia?
berkongsi sama rasa
ini takdir dia dan kamu
cinta dia untuk kamu
kamulah segalanya buat dia
kamulah yang buat dia berdebar sentiasa
dia tidak pernah tahu rasa ini
cinta kini menghampiri dia
kamu jua merasakannya
rasa debar itu hanya untuk kamu
segalanya.....cinta yang penuh tawa dan airmata
ini takdir dia dan kamu
selamanya"

09 February 2011

::KuAsA GiaN @ aDDicTed pOwEr::

"Selama kalian hidup kan, pernah tak kalian alami gian yang melampau? Fikiran asyik ke arah tu je padahal ada benda lain yang lebih penting nak dilakukan. Hal yang lebih utama dan benda alah gian ini boleh ditangguhkan. senang kata addicted la. Aku pasti kalian ada, walaupun satu tetapi ia tetap mengganggu kehidupan seharian. Betul tak??? Aku?? Mestilah ada."
  1. SUDOKU PUZZLE,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Kalian tahu tak benda alah ni? Ala....yang isi nombor 1-9 dalam kotak 3x3,melintang dan menegak. Tak silap aku sudoku ini asalnya dari Jepun. Aku dah start main sejak aku sekolah menengah sampai sekarang. Kalau dah start main, aku boleh teruskan sampai 6 ke 7 set aku selesaikan. Aku tahu ada antara kalian yang tak beberapa gemar dengan sudoku ni tapi.......aku suka=) (ada aku kesah???)
  2. MAJALAH KREKO,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Pantang singgah kedai buku @ toko-toko @ kedai runcit sekali pun aku tetap meninjau ke rak-rak buku yang ada. Kot-kot adalah majalah Kreko ni. Apa benda la pulak ni kan?hehe. Ala....majalah @ komik kartun yang dalamnya pelbagai genre fiksyen. Tapi yang ini aku tak gian sangat sebab bila lalu depan kedai je aku beli. Kalau tak dapat keluar beli edisi baru, aku biasa je...(konon-konon buat tak gian padahal kat rumah dah beratus agaknya koleksi!!!)
  3. CADAR&COMFORTER,,,,,,,Kalau aku ada duit yang banyak kan, aku memang nak borong macam-macam corak cadar menarik yang aku lihat di pasar raya. Aku memang minat lagi-lagi untuk queen bed kesayangan aku di rumah. Aku suka hias cantik-cantik. Baru ada feel nak tidur.
  4. MY BELOVED BED,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Aha....aku kalau di rumah, aku suka terperap dalam bilik. Kalian tahu kenapa?? Disebabkan cadar yang tersarung di queen bed akulah! Aku suka landing-landing then...TERtidur!(of course)
  5. MAGGI,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Yang ini baru sahaja dipupuk. Ye...ye....aku tahu tak elok tapi entah kenapa aku suka makan benda alah ini. Makanan aku di kala aku malas menapak keluar dari bilik dan di kala aku lapar. Dalam seminggu adala 2x...huhu. Ye...ye....aku tahu tak elok.
"Setakat ini, itu sahaja yang aku terfikir. Kuasa gian ini sangat menakutkan terutamanya untuk no 4 dan 5 tu. Doa-doalah aku kurangkan benda alah tu kawan......huhuhu"