02 March 2011

::Kalau Bukan Kamu...Siapa Lagi??::

"Dalam hidup ini hubungan antara insan sangat penting. Perhubungan antara insan itu boleh terbentuk dalam pelbagai cara sedari kita kecil lagi. Bermulanya hubungan anak dan ibuayah, hubungan abang-adik-kakak, hubungan saudara mara, dan hubungan kawan-kawan pabila kita menginjak dewasa. Dalam setiap perhubungan itu kita memerlukan antara satu sama lain dan setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang tersendiri."

"Hubungan itu sendiri kita perlu pelihara dan semai perasaan kasih sayang sepertimana kita menjaga tanaman lah. Kalau tak dijaga dari segi cahayanya, bajanya, ruang untuk bernafasnya masakan tanaman kita itu nak menjadi. Begitu juga dalam hidup, kita perlu sentiasa menjaga perhubungan kita dengan insan yang lain."

"Jangan pula kita menjadi seperti kacang lupakan kulit! Tak pun yang lagi teruknya habis madu sepah dibuang! Ingat kawan-kawan hidup kita ibarat roda. Tak kemana  pun kita kalau karakter sedemikian yang kita hendak praktikkan."

"Ada peluang kita sama-sama tegur kesilapan antara satu sama lain. Kadangkala kita tak menyedari kesalahan kita. Itu perlunya insan lain dalam hidup kita. Kalau kita tak tegur kawan kita sendiri siapa lagi nak tegur"