31 August 2010

::SALAM MERDEKA::


"salam sejahtera Malaysia.....salam Merdeka.....salam 1 Malaysia"

"arini genap 53tahun usia Malaysia.aku bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana masih berpeluang menghirup udara yang segar di bumi Malaysia yang aman damai ini,masih berpeluang hidup harmoni dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,masih ada keluarga yang begitu penyayang,masih ada kawan2,masih berpeluang melanjutkan pelanjaran di menara gading,masih berpeluang menjamah rezeki yang dikurniaNYA dalam hari ke sehari,masih boleh bergerak bebas dengan menggunakan kekuatan fizikal dan mental yang aku ada,masih berpeluang melayari internet tanpa batasnya dan sudah PASTInya aku bersyukur aku masih lagi berpeluang berceloteh kat sini...di blog ini...mengadap laptop sambil dengar lagu2 yang aku kira sesuai denagn jiwa aku"
"aku kira ramai lagi di luar sana yang berada di negara2 lain yang mempunyai kemelut dalaman politik negara masing2,yang rakyatnya menanggung masalah kemiskinan kematian kesihatan dan kewangan,ada juga yang tidak dapat belajar secukupnya dengan kemudahan yang seada-adanya,ada juga yang tiada keluarga,ada yang tak tentu makan dan minumnya,yang mengalami kecacatan fizikal dan mental tanpa dipinta,apatah lagi mempunyai kemudahan melayari internet seperti kita di Malaysia"
"mungkin kalau kita renung kembali situasi di Malaysia.ya betul juga ada yang hidup melarat dalam kemiskinan tapi masih mempunyai keluarga yang menyokong dan pekerjaan yang halal.betul juga ada yang x dapat melanjutkan pelajaran atas sebab2 tertentu tapi masih juga mempunyai kemahiran tersendiri dengan menggunakan fizikal yang sempurna dan mental yang sihat.betul juga ada sahaja yang tiada keluarga sebatang kara di dunia ini tapi masih ada kekuatan azam yang teguh utk meneruskan hidup bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain"
"semua ini tak akan kita alami jikalau kita tidak mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki sekarang dengan semangat nasionalisme yang tinggi.kalau tidak mampu mengangkat senjata....cukuplah dengan hidup dalam keadaan aman bersama berbilang kaum yang ada,cukuplah dengan menggunakan ilmu yang kita ada untuk manfaat masyarakat sejagat,cukuplah dengan membuang perasaan hasad dengki dengan orang lain dan yang paling minima kita boleh lakukan ialah memupuk kasih sayang dan nilai2 murni dalam sistem kekeluargaan kerana aku percaya dari situ bermulanya segalanya"

"salam sejahtera Malaysia.....salam Merdeka.....salam 1 Malaysia"

::[flashback10]MajLis maKan MaLam RejiMeNTal aka MMR::

"seminggu lepas PBJ10 ada Majlis Makan Malam Rejimental aka MMR kat Hotel Berjaya,Pulau Pinang.nasib baik kulitku tidak gelap sangat..hehehe.majlis ni diadakan bagi meraikan leftenan2 muda baru yang ditauliahkan.1st time aku makan kat hotel dalam majlis yang penuh dengan adab dan tatasusila ini.makanan nya bagi aku not bad tapi of course la mahal gile.aku rasa bersesuaian la dengan upacaranya yang penuh tatasusila...tapi aku belasah je makan.yang paling kelakar kami kena makan apabila muzik dimainkan dan kena berhenti makan apabila selesai muzik dimainkan.nasiblah siapa yang x abis makan lagi.huhu..nak dijadikan ceritakan aku abis gak makan semua yang dihidangkan tapi bila sampai main course aku rasa kecewa sket.main course ni kami bole pilih nak makan ikan,daging atau ayam.aku dengan confidentnya telah memilih daging sebagai habuan utama aku.bila sampai bab nak makan main course,daging nya liat gila nk potong.time main course ni muzik akan dimainkan sebanyak 3 lagu.dah masuk 2 lagu pon aku masih terkial2 nak meneruskan suapan aku yang ke4.daging pon x smpi separuh aku sentuh...sedap memang sedap tapi....huhu.pengajaran kat sini pilih la ayam sb senang di potong cepat dimakan dan selesai dalam masa yang ditetapkan....haha.nasib baik stap ahmad aka sjn ahmad bermurah hati bagi aku makan sikit ayam.siap potongkan lagi tuh...mekaceh stap^^.
papepon aku enjoy!!!!"

~sekitar sebelum dan selepas majlis~













::[flashback9]PBJ10::

"baru2 masuk sem baru je ada tugas menanti aku.Pesta Bola Jaring kali ke 20 berlangsung 31julai n 1ogos aritu.dalam masa 2 minggu kami berlatih seada-adanya.bila fikir2 balik dah lama aku pegang tampuk pemerintahan.so,aku decide nak lepaskan jawatan tersebut kepada adik2 junior yg ada.korang berusaha la dengan lebih baik k..GAMBATE!!!kami decide hantar 3 team kali ini memandangkan sambutan yang menggalakkan dari adik2 1st yr and 2nd yr..terima kasih saya ucapkan=) aku harap hari2 mendatang akan lebih banyak penyertaan dalam bola jaring ini.hasilnya trident engineering dapat masuk semi final,trident girl sampai suku akhir dan trident jr pon x kurang hebatnya.mereka makin bertambah confident ketika bermain.dari satu game ke satu game aku tgk anak2 buah aku....aku sesungguhnya bangga dengan semangat kalian.lain kali kita bole bermain sama2 lagi k^^"

~saat2 menahan perit mentari,berlumur dengan coklat lumpur tapi kami tetap tersenyum(",)~














::[flashback8]faMiLy DaY::

"penghujung LI tempoh hari aku join family day opis ayah aku.ni 1st time mereka adakan.bertempat di kota a famosa resort,alor gajah,melaka kami bertolak seawal 7.30pg dengan menaiki bas.kat sana masa banyak dihabiskan di taman safari(kalo aku x silap namanya).menigimbau kembali zaman kanak2 aku di sini...tengok gelagat binatang dalam kandang masing2,lihat pertunjukan haiwan2 yang terlatih,benda baru yang aku alami harimau berjalan betol2 sebelah aku tapi time tu aku dalam van sangkar(tak tahu apa nama kenderaan tu) la...hehe.masa pertunjukan binatang aku kagum dengan kebesaran ALLAH SWT.kebolehan haiwan2 seperti burung kakak tua yang boleh speaking various languages,boleh melukis,boleh maen basikal dan 1st time aku tgk burung helang depan mata aku sendiri.kalo korang nak tahu kat sini gajah pon boleh menari,boleh maen bola sesama mereka,boleh score bola masuk dlm jaring(macam basketball tuh!) dan boleh mengurut orang(bagi aku mematah riukkan badan je...heh).anyway aku seronok terasa macam kecik2 dulu^^"

~singa jantan ni terkurung je.kat sblh pagar sana lak jantan betina macam kena buasir sebab x reti dok diam2...tenung je kat si jantan tuh~

~harimau kat sini sangat banyak..xtahu macam mana nakbezakan jantan atau betina~

~bear ni pulak kecik je tapi aku tengok gigi die ngeri gak...ngee~~

~tengoklah kehandalan gajah2 ini..aku rasa instructor mereka dari Thailand sebab asik sawadikap jek...kesian tau dengan gajah ni sebab instructor mereka suka pukul2 kalau x buat betol...huhu~

~kenangan sebelum balik^^~