27 March 2011

::formspring.me::

::Kehilangan II::

"Hari itu aku sampai di rumah bersama ayahngah dalam jam 1230 tengah hari. Ayah sambut aku di muka pintu rumah dan segera peluk aku dengan erat sambil menangis. Aku bertambah sebak pabila terpandang sekujur tubuh di tengah rumah. Aku menyalami semua sedara mara aku sambil tercari-cari ibuku. Aku menjengah ke setiap bilik tetapi aku tetap tak menemui ibu. Sehinggalah ke bilik yang terakhir iaitu bilik aku. Kelihatan ibu baru selepas menunaikan solat. Usai ibu berdoa, segera aku memeluknya. 'Anak ibu dah tiada ika', dalam esak tangis ibu bersuara. Aku masih ingat lagi wajah sedih ibu"

"Di hadapan jenazah angah, aku kuatkan hati menyingkap kain batik yang menutupi wajahnya. Luluh hati aku apabila memandang wajah angah yang tidak aku kenali lagi. Bahagian kepalanya yang berlipat kesan dijahit(post-mortem), matanya sudah terperosok ke dalam, hidung rata, bibir yang tiada bentuk lagi, gigi yang tidak teratur dan menurut bedah siasat yang dijalankan bahagian kiri badannya memang rosak teruk. Jika angah mempunyai peluang hidup pun, angah akan lumpuh seumur hidup."

"Selesai memandikan dan mengkapankan angah, jenazah angah dibawa ke masjid untuk disembahyangkan memandangkan rumah aku tak dapat menampung semua jemaah. Ramainya kenalan angah sehinggakan 2 bas dari IKBN Dusun Tua turut menziarahi arwah. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehinggalah talkin selesai di baca dan kuburnya dikambus tanah."

"Selepas 3 hari di rumah, aku pulang semula ke asrama untuk meneruskan peperiksaan aku yang tergendala. Walaupun fikiran aku tiada di kertas peperiksaan tetapi aku tetap tabahkan hati menjawab peperiksaan. Aku masih ingat lagi hari jumaat minggu yang sama, ayahanda kawan aku pula meninggal dunia diikuti hari isnin minggu depannya ibunda senior aku pula."
"Ada orang pernah berkata minggu peperiksaan adalah minggu paling mencabar bagi seseorang pelajar. Aku tak tahulah sejauh mana kebenarannya tetapi bagi aku setiap hidupan di dunia ini pasti akan bertemu Penciptanya. Bila-bila masa dan tidak kira di mana kita berada. Semoga roh-roh insan kesayangan kita sentiasa di bawah lembayung rahmatNYA. AL-FATIHAH"

::Wanita Yang Kau Pilih::

"Malam selalu panjang
di waktu aku merindukanmu
kau bisa menjaga aku
hingga diriku merasa teduh
aku seperti kamu
menginginkan dan memerlukanmu
kala kita tak mampu
untuk selalu pergi menjauh
kau jadikan aku ini
wanita yang kau pilih
untuk jadi kekasihmu
dan kau pun telah aku pinta
setia sepertiku hingga waktunya tiba
aku percaya penuh
kau kan buatku bahagia
kerna cinta tercipta
datangnya dari dalam hatiku"

23 March 2011

::Kehilangan I::

"Aku masih ingat lagi hari itu hari isnin. First day exam final sem 1. Masa tu waktu rehat selepas first paper Agama Islam. Aku tengah lepak-lepak makan dengan jawer@najwa di tepi padang bola. Sambil makan sambil borak-borak. Aku baru nak meneruskan suapan yang ke-3 tiba-tiba ada member aku panggil dari belakang"

"member: atie"
"aku: kenapa??"
"member: cikgu HEP nak jumpa kau kat bilik dia"
"aku: apasal pulak?aku ada buat salah ke?"
"member: mana aku tahu.cepat tau"
"jawer: p la atie.nanti aku bawa masuk kelas nasi ko ni"
"aku: ok.thanks wer"

"Aku pun berjalan laju ke bilik HEP. Sesampainya di sana aku melihat kelibat seorang lelaki duduk di hadapan cikgu HEP membelakangkan aku. 'Macam kenal',desis hati aku. Semasa aku greeting cikgu HEP, lelaki tersebut toleh ke belakang melihat aku. Terkejut aku."

"Aku: Ayahngah!!"
"Ayahngah: Ika"
"Cikgu HEP: Sila duduk dulu ye Atikah. Saya ada berita penting nak sampaikan kepada kamu. Harap bersabar"
"Aku: Kenapa ni ayah?"
"Ayahngah: Ika, dengar apa yang ayah nak cakap ni. Angah Syafiq dah tak ada."
"Aku: Erk. Dah tak ada?? Apa maksudnya ayah??(masa ni ayahngah dah tak dapat tahan perasaannya)"
"cikgu HEP: Abang kamu meninggal pagi tadi pukul 5 disebabkan accident.(serta merta air mata aku mengalir). Sekarang ini kamu kemas dulu apa-apa yang patut dan boleh terus balik rumah. Dah selesai semuanya kembali semula ke sini teruskan peperiksaan."

 "Dalam perjalanan ke kelas, aku menangis meraung kat koridor makmal. Nasib baik tak ada orang. Kalau tak mahu terkejut mereka. Sesampainya di kelas aku menangis di bahu jawer sambil beritahu angah aku dah tak ada. Lebih kurang 15 minit selepas itu aku sudah berada dalam kereta ayahngah bersama ibungah dan sepupu aku,abang afnan meneruskan perjalanan ke Sg Buloh."

"Dalam kereta, air mata aku tak berhenti mengalir sambil terkenang saat-saat bersama angah. Hati aku bertambah pedih apabila aku teringat aku selalu gaduh dengan angah. Tidak ada kenangan yang aku baik dengan angah pun dalam kotak memori aku. Perjalanan 2jam dari sekolah aku terasa begitu lama. Famili ayahngah pun melayan perasaan masing-masing. Aku lihat mata ibungah pun merah tanda menangis"

.....dialog di atas mungkin telah diubahsuai mengikut selera aku....

22 March 2011

::Tolong Ingatkan Aku::

"Tolong ingatkan aku ketika aku marah...marah itu cebisan api neraka"
"Tolong ingatkan aku ketika aku gembira...ucapkanlah syukur kehadratNya"
"Tolong ingatkan aku ketika aku sedih...sujudlah kepada Yang Esa mohon ketenangan jiwa"
"Tolong ingatkan aku ketika aku kecewa...mungkin itulah yang terbaik buat diri aku"
"Tolong ingatkan aku ketika aku cemburu...sayang aku padanya luhur"
"Tolong ingatkan aku ketika aku sakit...dosa-dosa kecilku berguguran peringatan dariNya"
"Tolong ingatkan aku ketika aku sihat...jagalah pemakanan aku"
"Tolong ingatkan aku ketika aku panas...neraka jahanam itu lagi panas"
"Tolong ingatkan aku ketika aku gagal...aku masih boleh berjaya lain kali"
"Tolong ingatkan aku ketika aku berjaya...jangan mudah lupa kepada yang membantu"
"Tolong ingatkan aku ketika aku ketawa...biarlah berpada-pada"
"Tolong ingatkan aku ketika aku menangis...bangkitlah semula bina kekuatan diri"
"Tolong ingatkan aku ketika aku jauh...jangan putus tali persaudaraan"
"Tolong ingatkan aku ketika aku dekat...kukuhkan lagi ukhuwah yang ada"
"Tolong ingatkan aku ketika aku sendiri...muhasabah lah diri yang tidak sempurna itu"
"Tolong ingatkan aku ketika aku dalam keramaian...jangan lupa hadirnya teman di sisi"
"Tolong ingatkan aku ketika aku hanyut...berpautlah pada tiang yang 5 dengan teguhnya"


::Gaduh-gaduh Favourite Aku::

"Aku ada 2 orang abang dan seorang adik. Along, Angah, Adik aku panggil mereka. Antara ketiga-tiga mereka aku paling rapat dengan angah. Bukan rapat macam kawan baik tapi seteru yang pantang bertentang mata. Berada berhampiran dengannya boleh mengundang marah dan dendam yang mendalam. Angah lah kawan gaduh aku dari kecil sampai besar. Along sentiasa bersabar dengan perangai kami. Selalu menyiram air ke api dalam jiwa kami."

"Dasyat juga kalau kami bergaduh. Gaduh macam lelaki. Sepak terajang pukul perkara biasa bagi kami. Kenangan aku dan angah masa kecil yang aku tak boleh lupa bila kami dikurung dalam jamban oleh ibu. Semuanya gara-gara kami gaduh teruk dan memekak je dalam rumah tu. Ibu hilang sabar dan bertindak mengurung kami. Meraung menjeritlah kami dalam tu minta dilepaskan. Adalah beberapa jam kami bertapa. Bila fikir2 balik bukan ke selalunya jamban hanya boleh dikunci dari dalam?hehe..mungkin masa tu ada dual lock kot..dalam dan luar. Aku pun tak ingat."

"Ada sekali tu angah mencarut kat aku. Masa tu kami di dapur. Pasal apa entah gaduh. Ibu ayah terdengar dari ruang tamu. Lepas tu teruklah mulut angah kene lumur dengan cili api oleh ibu sambil ayah pegang tangannya. Mula tu memang la aku gembira sebab aku menang. Tapi bila aku tengok angah meronta-ronta minta dilepaskan luluh juga hati perempuan aku. Aku pun ikut menangis tepi dia. Sebak bila mengenang kembali kenangan tu"

"Last aku gaduh dengan angah masa tu aku darjah 6, angah form 3. Ibu ayah tak ada di rumah. Tinggal kami 3 beradik je. Along tengah study. Kami bertekak pasal apa entah aku tak ingat tapi buat pertama kalinya kaki dia singgah kat muka aku. Sebelum ni takat pinggang dan ke bawah je. Apa entah merasuk kami masa tu. Along yang khusyuk study terus bengang dan memarahi kami berdua. Aku tersentak gak sebab along jarang marah kami. Yang kelakarnya aku pulak merajuk lebih terus bawa diri masuk bilik. Tak keluar2 sampai ibu ayah balik."

"Itulah last aku gaduh dengan angah. Lepas tu aku merantau ke negeri orang dari form 1 sampai sekarang. Balik bercuti di rumah pun jarang2 jumpa angah. So, gaduh pun dah kurang. Masa telah mendewasakan kami aku rasa. Tapi tak lama pun angah bersama kami sekeluarga. Tanggal 17 Mei 2004 angah meninggalkan kami buat selamanya. AL-FATIHAH kepada Allahyarham Akmal Syafiq B Ramly"

21 March 2011

::Layar Impian::

"Jika mimpi masa silam 
bisa ku simpan dalam kaca jadi perhiasan
pasti aku abadikan
zaman riang kanak-kanak
pabila hujan mengundang suasana bahagia
dalam hidup yang seindah
mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan
tapi kini bila dewasa
ku mula sedar betapa mimpi
hanyalah suatu permainan
jiwa insan dalam kesepian
jika mimpi cinta kita 
bisa ku zahirkan jadi lukisan yang menarik
pasti aku sentosakan 
malam pesta bila engkau
lafazkan janji dan memelukku sepanjang tarian
hingga pipiku terasa basah dalam tangisan
yang penuh kesyukuran"

18 March 2011

::Dia Yang Aku Kenali::

"Dia yang aku kenali sedari kecil begitu aktif. Walaupun dalam kebanyakkan acara sukan dia bukanlah yang prtama di pilih tapi dia tak pernah putus asa. Dia yang aku kenali sedari kecil begitu kuat semangatnya. Walaupun seawal 12 tahun sudah berjauhan dari keluarga berikutan keaktifannya dalam bidang sukan. Sukanlah yang membina jati diri dia yang kini. Sentiasa confident dengan diri sendiri. Tak pernah mengalah walaupun berkali-kali gagal."

"Hingga kini setelah hampir 23tahun, dia tetap bertahan dan tak pernah putus asa dengan hidupnya. Baik dalam pelajaran atau aktiviti sosialnya. Walaupun dia bukanlah dalam kalangan pelajar pandai malah pointernye pun teruk tapi dia masih gagah melangkah tanpa toleh ke belakang."

"Dia yang aku kenali bukanlah seorang yang mudah menangis meratapi sesuatu. Jika sudah tertakdir bukan miliknya dia tetap redha dan pasrah. Siapalah dia hendak melawan kehendakNya. Dia belajar menerima dan memberi seikhlasnya dalam hidup."

"Dia seperti anak-anak yang lain. Ada masanya nakal menguasai fikiran. Pernah juga dia melanggar kata-kata orang tuanya. Kadang-kadang degil itu sifatnya. Kadang-kadang dia ingin merasa bebas seperti burung yang terbang di angkasa raya. Walaupun begitu, dia masih sedar siapa dirinya di sisi Maha Pencipta, di sisi ibu ayahnya. Terbang sejauh mana pun dia masih di situ di bawah jagaan rapi ibu ayahnya."

"Ibu ayahnya yang aku kenali sangat pengasih dan penyayang. Bimbang anak mereka terdedah dengan anasir-anasir negatif, mereka hindari dirinya dari keluar tak tentu hala. Mana yang salah mereka tegur secara berhemah. Tak mampu mereka hilang anak tunggal nan seorang. Ditatang tapi tidak dimanjakan. Dia dididik seadanya. Dan jadilah diri dia yang hari ini. Bagaikan bekas garam yang tertutup rapi bila perlu, barulah dibuka penutupnya. "

02 March 2011

::Kalau Bukan Kamu...Siapa Lagi??::

"Dalam hidup ini hubungan antara insan sangat penting. Perhubungan antara insan itu boleh terbentuk dalam pelbagai cara sedari kita kecil lagi. Bermulanya hubungan anak dan ibuayah, hubungan abang-adik-kakak, hubungan saudara mara, dan hubungan kawan-kawan pabila kita menginjak dewasa. Dalam setiap perhubungan itu kita memerlukan antara satu sama lain dan setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang tersendiri."

"Hubungan itu sendiri kita perlu pelihara dan semai perasaan kasih sayang sepertimana kita menjaga tanaman lah. Kalau tak dijaga dari segi cahayanya, bajanya, ruang untuk bernafasnya masakan tanaman kita itu nak menjadi. Begitu juga dalam hidup, kita perlu sentiasa menjaga perhubungan kita dengan insan yang lain."

"Jangan pula kita menjadi seperti kacang lupakan kulit! Tak pun yang lagi teruknya habis madu sepah dibuang! Ingat kawan-kawan hidup kita ibarat roda. Tak kemana  pun kita kalau karakter sedemikian yang kita hendak praktikkan."

"Ada peluang kita sama-sama tegur kesilapan antara satu sama lain. Kadangkala kita tak menyedari kesalahan kita. Itu perlunya insan lain dalam hidup kita. Kalau kita tak tegur kawan kita sendiri siapa lagi nak tegur"

01 March 2011

::Kerana Kejayaan Itu Milik Kamu::

"Kejayaan tidak akan datang bergolek melainkan kita berusaha ke arah itu. Kejayaan tanpa usaha juga mustahil untuk kita kecapi. Kejayaan itu hanyalah suatu permulaan untuk menempah satu kejayaan lagi. Lantaran itu jangan kita berputus asa tanpa sempat berpaut pada satu kejayaan."

"Kegagalan pula suatu yang menakutkan kepada sesetengah insan. Tidak bermakna insan yang berjaya itu tidak pernah gagal malah kebanyakkan mereka telah jatuh banyak kali tetapi  mereka tetap bangkit berdiri demi suatu kejayaan. Gagal tak bermakna kalah dan berjaya tak bermakna menang. Siapalah kita untuk menentukan hala tuju pada masa akan datang."

"Justeru itu dalam hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai suatu matlamat. Jangan pula lupa untuk berdoa dan akhir sekali tawakal. Tidak perlu pula mendabik dada meninggi diri setelah kejayaan itu berada dalam genggaman kerana hidup kita ini ibarat roda. Ibarat pepatah 'what u give u get back'. Itu adalah hukum karma. Teringat pula peribahasa semasa aku sekolah rendah dulu 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'."

"So peringatan kepada diri sendiri dan juga kawan-kawan marilah bersama menuju kejayaan tanpa mengenal erti lelah dan putus asa kerana kejayaan itu milik kamu=)"