18 March 2011

::Dia Yang Aku Kenali::

"Dia yang aku kenali sedari kecil begitu aktif. Walaupun dalam kebanyakkan acara sukan dia bukanlah yang prtama di pilih tapi dia tak pernah putus asa. Dia yang aku kenali sedari kecil begitu kuat semangatnya. Walaupun seawal 12 tahun sudah berjauhan dari keluarga berikutan keaktifannya dalam bidang sukan. Sukanlah yang membina jati diri dia yang kini. Sentiasa confident dengan diri sendiri. Tak pernah mengalah walaupun berkali-kali gagal."

"Hingga kini setelah hampir 23tahun, dia tetap bertahan dan tak pernah putus asa dengan hidupnya. Baik dalam pelajaran atau aktiviti sosialnya. Walaupun dia bukanlah dalam kalangan pelajar pandai malah pointernye pun teruk tapi dia masih gagah melangkah tanpa toleh ke belakang."

"Dia yang aku kenali bukanlah seorang yang mudah menangis meratapi sesuatu. Jika sudah tertakdir bukan miliknya dia tetap redha dan pasrah. Siapalah dia hendak melawan kehendakNya. Dia belajar menerima dan memberi seikhlasnya dalam hidup."

"Dia seperti anak-anak yang lain. Ada masanya nakal menguasai fikiran. Pernah juga dia melanggar kata-kata orang tuanya. Kadang-kadang degil itu sifatnya. Kadang-kadang dia ingin merasa bebas seperti burung yang terbang di angkasa raya. Walaupun begitu, dia masih sedar siapa dirinya di sisi Maha Pencipta, di sisi ibu ayahnya. Terbang sejauh mana pun dia masih di situ di bawah jagaan rapi ibu ayahnya."

"Ibu ayahnya yang aku kenali sangat pengasih dan penyayang. Bimbang anak mereka terdedah dengan anasir-anasir negatif, mereka hindari dirinya dari keluar tak tentu hala. Mana yang salah mereka tegur secara berhemah. Tak mampu mereka hilang anak tunggal nan seorang. Ditatang tapi tidak dimanjakan. Dia dididik seadanya. Dan jadilah diri dia yang hari ini. Bagaikan bekas garam yang tertutup rapi bila perlu, barulah dibuka penutupnya. "

No comments:

Post a Comment