31 August 2010

::SALAM MERDEKA::


"salam sejahtera Malaysia.....salam Merdeka.....salam 1 Malaysia"

"arini genap 53tahun usia Malaysia.aku bersyukur ke atas hadrat Illahi kerana masih berpeluang menghirup udara yang segar di bumi Malaysia yang aman damai ini,masih berpeluang hidup harmoni dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum,masih ada keluarga yang begitu penyayang,masih ada kawan2,masih berpeluang melanjutkan pelanjaran di menara gading,masih berpeluang menjamah rezeki yang dikurniaNYA dalam hari ke sehari,masih boleh bergerak bebas dengan menggunakan kekuatan fizikal dan mental yang aku ada,masih berpeluang melayari internet tanpa batasnya dan sudah PASTInya aku bersyukur aku masih lagi berpeluang berceloteh kat sini...di blog ini...mengadap laptop sambil dengar lagu2 yang aku kira sesuai denagn jiwa aku"
"aku kira ramai lagi di luar sana yang berada di negara2 lain yang mempunyai kemelut dalaman politik negara masing2,yang rakyatnya menanggung masalah kemiskinan kematian kesihatan dan kewangan,ada juga yang tidak dapat belajar secukupnya dengan kemudahan yang seada-adanya,ada juga yang tiada keluarga,ada yang tak tentu makan dan minumnya,yang mengalami kecacatan fizikal dan mental tanpa dipinta,apatah lagi mempunyai kemudahan melayari internet seperti kita di Malaysia"
"mungkin kalau kita renung kembali situasi di Malaysia.ya betul juga ada yang hidup melarat dalam kemiskinan tapi masih mempunyai keluarga yang menyokong dan pekerjaan yang halal.betul juga ada yang x dapat melanjutkan pelajaran atas sebab2 tertentu tapi masih juga mempunyai kemahiran tersendiri dengan menggunakan fizikal yang sempurna dan mental yang sihat.betul juga ada sahaja yang tiada keluarga sebatang kara di dunia ini tapi masih ada kekuatan azam yang teguh utk meneruskan hidup bersendirian tanpa mengharapkan bantuan orang lain"
"semua ini tak akan kita alami jikalau kita tidak mempertahankan kemerdekaan yang kita miliki sekarang dengan semangat nasionalisme yang tinggi.kalau tidak mampu mengangkat senjata....cukuplah dengan hidup dalam keadaan aman bersama berbilang kaum yang ada,cukuplah dengan menggunakan ilmu yang kita ada untuk manfaat masyarakat sejagat,cukuplah dengan membuang perasaan hasad dengki dengan orang lain dan yang paling minima kita boleh lakukan ialah memupuk kasih sayang dan nilai2 murni dalam sistem kekeluargaan kerana aku percaya dari situ bermulanya segalanya"

"salam sejahtera Malaysia.....salam Merdeka.....salam 1 Malaysia"

1 comment: