31 August 2010

::[flashback10]MajLis maKan MaLam RejiMeNTal aka MMR::

"seminggu lepas PBJ10 ada Majlis Makan Malam Rejimental aka MMR kat Hotel Berjaya,Pulau Pinang.nasib baik kulitku tidak gelap sangat..hehehe.majlis ni diadakan bagi meraikan leftenan2 muda baru yang ditauliahkan.1st time aku makan kat hotel dalam majlis yang penuh dengan adab dan tatasusila ini.makanan nya bagi aku not bad tapi of course la mahal gile.aku rasa bersesuaian la dengan upacaranya yang penuh tatasusila...tapi aku belasah je makan.yang paling kelakar kami kena makan apabila muzik dimainkan dan kena berhenti makan apabila selesai muzik dimainkan.nasiblah siapa yang x abis makan lagi.huhu..nak dijadikan ceritakan aku abis gak makan semua yang dihidangkan tapi bila sampai main course aku rasa kecewa sket.main course ni kami bole pilih nak makan ikan,daging atau ayam.aku dengan confidentnya telah memilih daging sebagai habuan utama aku.bila sampai bab nak makan main course,daging nya liat gila nk potong.time main course ni muzik akan dimainkan sebanyak 3 lagu.dah masuk 2 lagu pon aku masih terkial2 nak meneruskan suapan aku yang ke4.daging pon x smpi separuh aku sentuh...sedap memang sedap tapi....huhu.pengajaran kat sini pilih la ayam sb senang di potong cepat dimakan dan selesai dalam masa yang ditetapkan....haha.nasib baik stap ahmad aka sjn ahmad bermurah hati bagi aku makan sikit ayam.siap potongkan lagi tuh...mekaceh stap^^.
papepon aku enjoy!!!!"

~sekitar sebelum dan selepas majlis~













2 comments: