02 March 2011

::Kalau Bukan Kamu...Siapa Lagi??::

"Dalam hidup ini hubungan antara insan sangat penting. Perhubungan antara insan itu boleh terbentuk dalam pelbagai cara sedari kita kecil lagi. Bermulanya hubungan anak dan ibuayah, hubungan abang-adik-kakak, hubungan saudara mara, dan hubungan kawan-kawan pabila kita menginjak dewasa. Dalam setiap perhubungan itu kita memerlukan antara satu sama lain dan setiap dari kita mempunyai tanggungjawab yang tersendiri."

"Hubungan itu sendiri kita perlu pelihara dan semai perasaan kasih sayang sepertimana kita menjaga tanaman lah. Kalau tak dijaga dari segi cahayanya, bajanya, ruang untuk bernafasnya masakan tanaman kita itu nak menjadi. Begitu juga dalam hidup, kita perlu sentiasa menjaga perhubungan kita dengan insan yang lain."

"Jangan pula kita menjadi seperti kacang lupakan kulit! Tak pun yang lagi teruknya habis madu sepah dibuang! Ingat kawan-kawan hidup kita ibarat roda. Tak kemana  pun kita kalau karakter sedemikian yang kita hendak praktikkan."

"Ada peluang kita sama-sama tegur kesilapan antara satu sama lain. Kadangkala kita tak menyedari kesalahan kita. Itu perlunya insan lain dalam hidup kita. Kalau kita tak tegur kawan kita sendiri siapa lagi nak tegur"

01 March 2011

::Kerana Kejayaan Itu Milik Kamu::

"Kejayaan tidak akan datang bergolek melainkan kita berusaha ke arah itu. Kejayaan tanpa usaha juga mustahil untuk kita kecapi. Kejayaan itu hanyalah suatu permulaan untuk menempah satu kejayaan lagi. Lantaran itu jangan kita berputus asa tanpa sempat berpaut pada satu kejayaan."

"Kegagalan pula suatu yang menakutkan kepada sesetengah insan. Tidak bermakna insan yang berjaya itu tidak pernah gagal malah kebanyakkan mereka telah jatuh banyak kali tetapi  mereka tetap bangkit berdiri demi suatu kejayaan. Gagal tak bermakna kalah dan berjaya tak bermakna menang. Siapalah kita untuk menentukan hala tuju pada masa akan datang."

"Justeru itu dalam hidup ini kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mencapai suatu matlamat. Jangan pula lupa untuk berdoa dan akhir sekali tawakal. Tidak perlu pula mendabik dada meninggi diri setelah kejayaan itu berada dalam genggaman kerana hidup kita ini ibarat roda. Ibarat pepatah 'what u give u get back'. Itu adalah hukum karma. Teringat pula peribahasa semasa aku sekolah rendah dulu 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan'."

"So peringatan kepada diri sendiri dan juga kawan-kawan marilah bersama menuju kejayaan tanpa mengenal erti lelah dan putus asa kerana kejayaan itu milik kamu=)"

27 February 2011

::Aku Cuma An-nisa'::

"Ya Allah..
Jadikan aku tabah seperti Ummu Khadijah
Sehingga dirinya digelar afifah solehah
Dialah wanita pertama
Tiada ragu mengucap syahadah
Pengorbanan bersama Rasulullah
Susah senang bersama
Walau hilang harta kerana berdakwah
Walau dipulau 3 tahun 3 bulan
Imannya sedikit pun tak berubah
Mampukah aku setabah dirinya?
Andai diuji sedikit sudah rebah..
Baru dihina sudah mengalah
Ya Allah..tabahkan aku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Fatimah Az-Zahrah
Betapa tinggi kasihnya pada ayahandanya
Tidak pernah putus asa pada perjuangan dakwah baginda
Anak yang semulia peribadi baginda
Tangannya lah yang membersihkan luka
Tangannya jua yang membersihkan cela
Pada jasad Rasulullah tercinta
Gagahnya dirinya pada dugaan
Mampukah aku sekuat Fatimah?
Saat diri terluka dendam pula menyapa
Saat disakiti maki pula mengganti
Ya Rabbi..teguhkan hatiku sepertinya..

Ya Allah..
Jadikan aku sehebat Masyitah dan Sumaiyah
Tukang sisir yang beriman
dan Keluarga Yasir yang bertakwa
Sungguh kesabaran mereka menggoncang dunia
Iman tetap terpelihara walau nyawa jadi taruhan
Mampukah sabarku seperti mereka?
Tatkala digoda nafsu dunia..
Entah mana hilangnya Iman di dada
Ya Rahman..
Kuatkan Imanku seperti Masyitah
Terjun penuh yakin  bersama bayi ke kuali mendidih
Kerana yakin Allah pasti disisi
Sabarkan aku seperti sumaiyah
Biar tombak menusuk jasad..
Iman sedikit pun takkan rapuh.

Ya Allah..
Jadikan aku semulia Ummu Sulaim
Perkahwinannya dengan Abu Talhah atas mahar Iman
Islamlah Abu Talhah sehingga menjadi sahabat Rasulullah
Betapa hebatnya tarbiyyah isteri pada suami
Hinggakan segala panahan ke Rasulullah pada hari uhud
Disambut dengan belakang jasad Abu Talhah
Ya Allah..
Tarbiyyahkan aku pada cinta sepertinya
Tingginya nilai cinta pada harga Iman
Mampukah aku menatap cinta itu?
Sedangkan rupa yang menjadi pilihan
Ketulusan Iman diketepikan
Ya Allah..
Ilhamkan aku pada cinta sepertinya..

Ya Allah...
Jadikan aku sehebat Aisya Humaira
Isteri termuda Rasulullah
Biar dilempar fitnah
Dia tetap teguh pada ketetapanNya
Isteri sejati yang memangku Nabi
Pada saat terakhir baginda
Hadis dan Sunnah Rasulullah dipertahankan
Betapa hatimu seorang mujahidah
Ya Allah..
Mampukah aku contohi dirinya?
Pada fitnah yang melanda
Diri mula goyah dan putus asa
Teguhkan Imanku sepertinya..Ya Rahim..

Ya Allah..
Teringat diri pada Khansa
Empat orang anaknya mati di Jalan ALLAH
Dia meratap tangis..
Anak sulungnya syahid
Anak keduanya turut syahid
Anak ketiganya dan keempat jua mati syahid
Namun tangisan itu bukan kerana pemergian anak tercinta
Jawabnya kerana tiada lagi anak yang dihantar untuk berjihad
Ya Allah..
Mampukah aku menjadi ibu yang berjihad?
Sedang anak tak tutup aurat pun masih tak terjawab
Sedang anak tinggal solat pun buat tak kisah
Berikan aku kekuatan sepertinya..
Agar bersedia pada akhirat

Wahai kaum Adam yang bergelar khalifah..
Diriku bukan setabah Ummu Khadijah
Bukan jua semulia Fatimah Az-Zahrah
Apa lagi sesabar Masyitah dan Sumaiyah
Mahupun sehebat Ummu Sulaim
Dan tidak seteguh Aisya Humaira
Kerana diri cuma An-Nisaa akhir zaman
Dimana Aurat semakin dibuka terdedah
Dimana syahadah hanya pada nama
Dimana Dunia yang terus dipuja
Dimana nafsu fana menjadi santapan utama
Dimana batas sentiasa dileraikan
Dimana ukhwah sentiasa dipinggirkan

Wahai Kaum Hawa
Kita cuma An-Nisaa
Para pendosa yang terbanyak di neraka
Lantas walau tak setabah para Mujahidah
Namun Tabahlah pada ketetapan Allah
Kerana padanya ada Syurga!
Walau tak semulia para wanita sirah
Tapi muliakan diri dengan agama yang memelihara
kerana padanya ada Pahala!
Walau tak sesabar para wanita solehah
Namun sabarkan jiwa pada nafsu dunia yang menyeksa
Kerana padanya ada bahagia!

Sesungguhnya Hawa tercipta dari Tulang rusuk kaum Adam
Bukan untuk ditindas kerana lemah
Tapi untuk dilindungi kerana Indah
dan Indah apabila tertutup terpelihara
Kerana disitulah terjaganya Syahada
Bak mekarnya wanita dalam sirah
Tuntunlah kami ke arah syurga..
Bicara dari An-Nisaa yang hina..
Makbulkan doaku.
Aamiin.."

"kredit to sis izzatul akmal..muhasabah diri...astaghfirullahalazim"

15 February 2011

::Dia & Kamu::

"dia dan kamu
disebabkan sesuatu bertemu
berkongsi minat yang sama awalnya
makin lama makin serasi
entah bila mulanya
hanya kamu di mata dia
di dalam hatinya hanya tentang kamu
kamu bagaimana?
hati kamu adakah sama dengan hati dia?
berkongsi sama rasa
ini takdir dia dan kamu
cinta dia untuk kamu
kamulah segalanya buat dia
kamulah yang buat dia berdebar sentiasa
dia tidak pernah tahu rasa ini
cinta kini menghampiri dia
kamu jua merasakannya
rasa debar itu hanya untuk kamu
segalanya.....cinta yang penuh tawa dan airmata
ini takdir dia dan kamu
selamanya"

09 February 2011

::KuAsA GiaN @ aDDicTed pOwEr::

"Selama kalian hidup kan, pernah tak kalian alami gian yang melampau? Fikiran asyik ke arah tu je padahal ada benda lain yang lebih penting nak dilakukan. Hal yang lebih utama dan benda alah gian ini boleh ditangguhkan. senang kata addicted la. Aku pasti kalian ada, walaupun satu tetapi ia tetap mengganggu kehidupan seharian. Betul tak??? Aku?? Mestilah ada."
  1. SUDOKU PUZZLE,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Kalian tahu tak benda alah ni? Ala....yang isi nombor 1-9 dalam kotak 3x3,melintang dan menegak. Tak silap aku sudoku ini asalnya dari Jepun. Aku dah start main sejak aku sekolah menengah sampai sekarang. Kalau dah start main, aku boleh teruskan sampai 6 ke 7 set aku selesaikan. Aku tahu ada antara kalian yang tak beberapa gemar dengan sudoku ni tapi.......aku suka=) (ada aku kesah???)
  2. MAJALAH KREKO,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Pantang singgah kedai buku @ toko-toko @ kedai runcit sekali pun aku tetap meninjau ke rak-rak buku yang ada. Kot-kot adalah majalah Kreko ni. Apa benda la pulak ni kan?hehe. Ala....majalah @ komik kartun yang dalamnya pelbagai genre fiksyen. Tapi yang ini aku tak gian sangat sebab bila lalu depan kedai je aku beli. Kalau tak dapat keluar beli edisi baru, aku biasa je...(konon-konon buat tak gian padahal kat rumah dah beratus agaknya koleksi!!!)
  3. CADAR&COMFORTER,,,,,,,Kalau aku ada duit yang banyak kan, aku memang nak borong macam-macam corak cadar menarik yang aku lihat di pasar raya. Aku memang minat lagi-lagi untuk queen bed kesayangan aku di rumah. Aku suka hias cantik-cantik. Baru ada feel nak tidur.
  4. MY BELOVED BED,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Aha....aku kalau di rumah, aku suka terperap dalam bilik. Kalian tahu kenapa?? Disebabkan cadar yang tersarung di queen bed akulah! Aku suka landing-landing then...TERtidur!(of course)
  5. MAGGI,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,Yang ini baru sahaja dipupuk. Ye...ye....aku tahu tak elok tapi entah kenapa aku suka makan benda alah ini. Makanan aku di kala aku malas menapak keluar dari bilik dan di kala aku lapar. Dalam seminggu adala 2x...huhu. Ye...ye....aku tahu tak elok.
"Setakat ini, itu sahaja yang aku terfikir. Kuasa gian ini sangat menakutkan terutamanya untuk no 4 dan 5 tu. Doa-doalah aku kurangkan benda alah tu kawan......huhuhu"

16 January 2011

::kEnaPa 'M' itu iALah 'MaLas'?::

"M sebenarnya boleh sahaja untuk Makan(sebab aku suka makan), Main(ini pun aku suka especially netball), Mama(",), Merajuk(kadangkala itu aku), Maggi(ha...sensitif perkataan ini) dan macam-macam perkataan lagi. Aku sedar aku mempunyai beberapa sindrom ketika aku mulakan karier berblogging ini. Sindrom-sindrom ini bagi aku sangat mempengaruhi aku untuk meneruskan kerjaya blogger ini."

"Antara sindrom-sindromnya :
  1. Kelu,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,seringkali bila aku nak taip new entry, tangan aku akan kaku, minda aku akan kelu ingin memulakan berbicara. Padahal aku dah berfikir mengenai apa entry aku pada masa itu tapi sindrom ini sering menyerang aku
  2. Blogwalking,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,bila tangan dan minda tidak mahu lagi berkarya, maka terjadilah aktiviti blogwalking. Yang ini kalau berjam-jam pun aku sanggup. Aku suka membaca, menyelami, berkongsi rasa dengan bloggers lain. Bila dah blogwalking, faham-faham jelah tak mudah untuk aku pulang ke pangkal jalan semula
  3. Awareness,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,bila aku nak taip entry mengenai hati dan perasaan, seringkali hati aku akan rasa tak best. Aku kena beware dengan insan-insan sekeliling aku. Aku ada hati yang perlu dijaga. No offense!!
  4. Tunggu,tunggu dan tunggu,,,,,,,,seperti kalian yang pernah baca entry aku tahun lepas kebanyakkannya mengenai aktiviti yang aku lakukan. Bila dah berlalu peristiwa tersebut, barulah aku nak update di blog
  5. MALAS,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,kadang-kadang(sebenarnya lebih kepada selalu) bila penyakit M menyerang, mulalah aku tangguh-tangguhkan nak update blog. Terutama bila idea mencurah-curah tapi aku bukan berada di hadapan laptop dan lama lagi nak menghadap laptop. Maka terjadilah sindrom M ini"
"Sindrom-sindrom di atas adalah sangat tidak elok bagi aku untuk dipraktikkan pada Laman Atikah ini. Wish me good spirit friends!! Aku perlu usirkan sindrom-sindrom ini. Janji aku dalam hati..."

03 January 2011

::IdenTiTi LamA, wAjaH bARu, GaYa???::

"Selamat datang ke Laman Atikah, nama baru tapi identiti lama, wajah baru. I'm back!! Ingatkan lama sangat aku tak update. Rupanya BARU DUA BULAN...hehe. Mula-mula tu memang malas nak update blog tapi boring pula kalau tak berceloteh syok sendiri. So, aku terbitkan Laman Atikah ini. Aku touch-up sikit-sikit, tukar template baru, warna-warna dalam ini pun baru dan sebagainya yang aku rasa perlu ditukar. Aku merasakan penulisan aku yang sebelum ini kurang jiwanya. Mulanya nak delete blog lama, buka blog baru. Tapi bila fikir-fikir balik, why not keep going with the old blog tapi tiupkan satu jiwa yang baru. Yang lebih segar dan bersemangat sempena tahun baru ini..."
"Dan aku tak pasti lagi jika Laman Atikah ini lebih jiwanya dari yang dulu. Kalian tunggu, baca dan lihat sahajalah ye. Imbas kembali cerita-cerita lama, kebanyakkannya mengenai aktiviti yang telah aku lakukan. Konsep itu tetap aku teruskan dan mungkin ada penambahbaikan lagi. Sebenarnya aku pun tak pasti lagi hala tuju penulisan aku yang akan datang ini. Mungkin bertambah baik atau bertambah teruk..huhu. Seperti yang aku katakan tadi lah...kalian tunggu dan lihat sajalah k. Kalau nak komen pun di alu-alukan. Mungkin dari komen-komen tu aku dapat idea baru. Siapa tahu.... "
"Ada juga member tanya kenapa tak nak update blog dah?(merujuk kepada post aku rasa yang lalu). Ada yang suruh stop berblogging ke?. Sebenarnya tidak begitu kawan-kawan. Sebenarnya aku ingin muhasabah diri~usia blog ini dah setahun tapi ak rasa kosong. Dan masih....aku tak pasti laman ini akan terisi jiwanya. Sama-samalah kita tunggu,baca dan lihat"

27 November 2010

::aKu RasA::

"aku rasa....aku nak stop berblogging buat sementara waktu ni jangan tanya kenapa sebab aku pun tak tahu kenapa cuma aku rasa aku nak stop dulu......sehingga kita berjumpa lagi^^"

02 November 2010

::LiVe FroM sG bULoh::

"tepat jam 2pm aku tersedar dari tidur.wah,nasib baik tak terlajak tidur.alamat terlepas bas la aku kalau asyik layan mata je.huhu.segera aku membersihkan diri.pack2 mana yang patut.tengah siap2, ringtone 'dengarkanlah dari sheila majid' menusuk pendengaran aku.oh,sweetheart aku rupanya.mesej2 kejap..beliau janji ingin menghantar aku ke stesen bas^^ hepi2!! sampai je di stesen bas aku tengok jam di dashboard kereta comel beliau.em..baru 3.05pm.ada 25minit lagi.bas pun aku tengok dah tersedia dah.kami chat sekejap(hal yang serius bagi kami^^).borak dan borak dan borak~rindulah aku pada wajahnya...haish~"

"tepat 3.30pm aku dah ada dalam bas.seat single paling belakang.sebelah aku seat double tak ada orang duduk lagi.aku try adjust tempat sandar seat akutak berjaya...sebab tak ada peng'adjust'nya.huhu.nampaknya terpaksalah aku duduk tegak sepanjang jalan dan aktiviti kesukaan aku kalau ada dalam bas tak dapat lah di teruskanaku kerling tempat duduk sebelah...mintak2 tak ada oranglah duduk di situ"

"sambil2 aku try gak menyelesakan diri bas pun bergerak meninggalkan stesen bas.aku kerling lagi sebelah....ehm macam ada can ni...sampai je kat bulatan bandar baharu tu tiba2 pak cik bas berhenti di bus stop tak jauh dari bulatan tu.dalam fikiran aku mesti pak cik ni nak ambil orang lagi kot.tapi fikir2 balik mana boleh kan.adalah dalam 10 minit berhenti.bila bas start gerak je aku terus angkat punggung duduk kat seat double yang aku dok kerling dari tadi...hehe.ha...luas sikit dari yang tadi tapi MASIH tak boleh nak adjust tempat sandarnya.apalah nasib badan...aku redha jela nampaknya...(!_!)"

"posisi duduk tak mematahkan semangat aku untuk meneruskan aktiviti kesukaan aku ketika dalam bas iaitu LAYAN MATA.adalah dekat 2jam aku layan mata.sedar2 aku dah ada kat simpang pulai.terkejut gak aku sebab pak cik bas ni tak berhenti seperti selalu.untuk membuat kan masa aku tak terbuang begitu sahaja aku pun menelaah REMAJA"
.
.
.
"aku kerling jam di tangan ketika bas masuk ke hentian duta.segera aku angkat beg dan berjalan laju ke arah kereta ayah sebaik sahaja tayar bas brek di platform.sempat pulak aku memandang beberapa orang yang tengah sedap menjamu selera di gerai2 yang ada di situ.dalam hati terdetik,'ish,ibu dah masak ni^^.tak sabar rasanya'. sejuk hati menatap wajah ayah tatkala aku mencecah punggung ke dalam kereta.sampai je rumah aku bersalam peluk cium ibu.wah..heaven rasanya dah sampai rumah^^.alhamdulillah~"

"p/s::harap2lah aku study lebih sikit dari biasa di rumah ni...chaiyouk!!!"

::sAYa TaK saBar::

"jam di laptop aku ini dh menunjukkan jam 0042.a few hours more.......sikit je lagi.macam2 dalam fikiran ni.1st benda yang kena settle dah pasti viva aku.sat je lagi jam 1130pg dengan PM Dr JMS.hope our viva will be ok...insyaALLAH(",).habis je viva nanti aku nak terus angkat punggung belah dari bumi trans ni"

"tak rancang pun sebenarnya.tengah2 menaip entry sebelum ni terfikir nk blk.tepon ibu...terus luluh hati dengar suara ibu.terus terfikir nak balik.tengok wajah ibu n ayah sebelum exam.hati bisa tenang setiap kali melihat wajah mereka.lagipun raya haji dah tentu x balik...huhu.doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ke sini semula ya"

"p/s::tak tahu lagi update ke x blog ni masa kat rumah.........berfikir~~~~~~~~~~"