18 August 2010

::[flashback 7]PANTAS..SENYAP..MEMBUNUH::

"1st time korang baca tajuk entry ni kan apa yang terlintas di benak korang??mungkin dalam kalangan korang dah tahu mengenai apa kn[skuad aku la tuh].tanggal 12jun 2010 bersamaan 29 Jamadilakhir 1431H aritu aku bersama 1138 kadet PALAPES dari seluruh IPTA Malaysia telah di tauliahkan sebagai Leftenan Muda a.k.a Lt M a.k.a Pegawai Muda a.k.a Young Officer.Istiadat Pentauliahan diRaja kali ke-29 ini telah di sempurnakan oleh D.Y.T.M. Raja Muda Perlis dan D.Y.T.M Raja Puan Muda Perlis.skuad aku yang lebih dikenali dengan nama COBRA SATRIA dianggotai seramai 53orang telah diketuai jurulatih kesayangan kami iaitu SJN MOHAMAD AZHARUDDIN B MOHD SAAD"

"setelah 3 tahun bergelumang sebagai kadet,inilah pencapaian yang boleh dibanggakan.nak cerita apa yang telah aku lalui selama 3 tahun ni mmg tak kan abis dalam 1 hari.apa yang aku boleh wrap up kat sini...i'm enjoying myself being a cadet.saat sedih..saat kene belasah dengan pegawai..hukuman yang dijatuhkan oleh jurulatih...kenangan 'fitik(menolong org atasan sbg junior)'..kenangan manis dan pahit bersama skuad...moment dlm kelas...banyak lagi la.tp yang paling penting semua yang pahit tu berubah menjadi manis saat aku ditauliahkan.itu yang aku rasa la.aku x pernah sesal memilih jalan ini.lagi2 aku dapat sokongan yang padu daripada ibu ayah.mereka paling seronok dan tumpang gembira"

"dalam perkiraan aku kalau jodoh aku panjang dalam bidang ketenteraan ini aku ingin meneruskan tanggungjawab sebagai pegawai sukarela.insyaALLAH...semuanya masih dalam peringkat perancangan.currently pon aku aktif dengan PALAPES USM.aku tolong setakat mana yang aku boleh.tapi kita masih kena berpegang kepada kata-kata....KITA MERANCANG TUHAN SAJA YANG AKAN MENETUKAN"

~credit to Lt M Ruzaini for this poem....~

::[flashback 6]SeLAmaT hArI LaHiR::

"1jun tempoh hari genap ibu kesayanganku berusia 48tahun.alhamdulillah ibuku masih sihat dan bertenaga.ibu masih cantik seperti dulu^^.aku masih ingat lagi mase aku kecik2 dulu.ibu seorang yg tegas dgn anak2nya.yela...ibu mana yg x tegas kan kalau anak2nya perlu di didik dgn didikan yang sebaiknya.peranan seorang ibu sangat besar maknanya dlm institusi kekeluargaan.tanpa mereka mungkin anak2 akan terabai"
"aku ingat lagi dulu mase ak sek rendah,aku ada satu tabiat ni...suka gaduh dgn arwah angah.hehe.arwah pon satu kepala gak dgn aku.pernah satu hari kami gaduh pasal apa ntah..sehinggakan arwah mengeluarkan kata2 yang kurang enak di telinga ibu.di sebabkan itu teruk mulut arwah kena lumur cili api dgn ibu.pada mulanya mmg aku gembira..yela dok gaduh dgn dia pastu aku menang lak kan[jahat gila aku].tp sekejap je rasa gembira...lepas tu aku menangis sb kesian tgk arwah kena dgn ibu.huhu.mungkin sejak itu telinga aku dh tak boleh dgr kalau ada org 'mencarut'.even bukan ditujukan kpd aku tp cepat je hati aku rasa panas semacam.rasa macam nk _____ je orang tuh....serius neh(<_>)"
"yang bestnya sekarang bila dh meningkat dewasa aku makin rapat dgn ibu.smpikan ada org kata mcm adik beradik[ibu nampak muda la tuh dan aku nampak tua...huhu='(].byk benda baru yang aku belajar dr ibu.tanpa ibu dh tentu aku terumbang ambing.di kesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR IBU......I LOVE U SO MUCH"


~ini kat pizza hut...along n kak long belanja.besh2^^~